Tuesday, July 14, 2009

SUKAN UNTUK SEMUA

Setiap sukan mesti memerlukan belanja.Tidak semua sukan memakan belanja yang besar.Ianya bergantung kepada jenis sukan tersebut.Tetapi ianya tidak menjadi halangan kepada penggemar dunia sukan.

Terdapat sesetengah penggemar sukan sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk mendapat kepuasan dalam sukan yang digemari.Ini kerana tidak semua sukan memakan kos yang tinggi.


Bagi warga desa,untuk bersukan bukanlah menjadi satu masalah yang besar.Malah di kampung adalah tempat yang paling mudah untuk bersukan.Ini kerana di kampung,mempunyai kawasan yang lapang untuk dijadikan tapak permainan tanpa mengeluarkan belanja yang banyak.

Bagi penghuni kota pula,sudah tentu tiada masalah untuk melakukan aktiviti bersukan.Di kota terdapat pelbagai kemudahan untuk bersukan.Contohnya,mereka boleh meluangkan masa di pusat-pusat sukan yang berdekatan.

Jadi,tiada masalah sekiranya seseorang itu mahu bersukan tidak kira di mana mereka berada.

KELEBIHAN BERSUKAN


Sukan merupakan suatu aktiviti yang biasa dilakukan pada waktu lapang.Dengan cara bersukan juga kita mampu memiliki tubuh badan yang sihat.Aktiviti sukan memerlukan tenaga yang banyak.Ianya juga dapat menguji daya kekuatan fizikal dan mental seseorang.

Selain itu,sukan bukan sekadar untuk mengisi masa lapang.Malah ianya juga telah menjadi suatu temasya yang terkenal di mata dunia.Nama sesebuah negara menjadi terkenal buka hanya bergantung pada kemajuan sains dan teknologi,tetapi sukan juga memainkan peranan yang penting.Sukan menjadi tali penghubung antara Malaysia dengan negara luar.

Aktiviti sukan juga dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.Ini kerana apabila melakukan aktiviti secara berkumpulan,ianya akan mencetuskan suasana gembira.Disamping itu juga,kita akan memperolehi keluarga yang sihat dan sejahtera.

Monday, July 13, 2009

PENGENALAN

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.